BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 31 Oktober 2009

siapa 2 Orang Ini..huhu..



lelaki tu siapa? perempuan tu siapa? apa 2 org ni buat kat situ,tempat tu kat ne,apa hubungan 2 org ni,erm pening aku fikir,harap2 ada org tolong jwpkan utk aku..hahahaha...

BAbY ANiMAl LeR pLa:)

kalau td aku da uploadkan gambar comel miniatur baby manusia, skg ni pic comel baby animal pla, tapi yg ni real tau bukan miniatur eheheheheh....


kecik gilerr kan ank chipmunk ni...



erm....



alahai kepala dia sama besar ngan cellphone tu jer...



comelll sgttt...

Live simply.
Love generously.
Care deeply.
Speak kindly.
Leave the rest to God!
"Be kinder than necessary, for everyone you meet
is fighting some kind of battle."

if all the people in ths world thnk like ths, evrythng will become so easy for us, we can find happines n smile everywhere...but, i realize nothng such so easy like tht

So cuTe...

erm sementara tgu dia tgk bola n mkn mlm td, aku search ler internet n terjumpa gmbr2 comel kat bawa ni...kreatif sgt org yg buat benda nikan, nampak cam betul jer...ok jom kita layan gambar2 yg sgt cute ni:)


















Tatapan Mu...

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya: "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia..." .Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan..." jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu"

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis...

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain? Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita...

Jumaat, 30 Oktober 2009

RiNdU yeR...



hari ni aku tak dpt bertemu dengannya...dia punya rancangan sendiri...dan sudah tentu aku benar2 merinduinya...bagaimana agaknya di masa akan datang?aku harap aku akan mampu mengharungi setiap hari yg mendatng tanpa kehadirannya disisiku.

erm, hidup punya rahsianya yg tersendiri, yg kdg2 terlalu sukar untuk kita huraikan...




aku sangat merinduinya.....

pelik! aku baru jer menemuinya pg td, tp saat ni aku benar2 merinduinya....aku benar2 mengharapkan dia ada disisi ku...

Khamis, 29 Oktober 2009

DiA LeR PlA..

skg aku nak cerita pla pasal si dia...dia merupakan insan yang sempurna buatku...terima kasih Tuhan di atas kehadirannya. Kehadirannya telah banyak mengubah hidupku, yang dulunya penuh dengan kesepian dan kesunyian.

dia telah menghiasi hari2 ku dengan warna-warna keindahan yg aku rindukan selama ini. Dia telah menjadikan setiap mimpiku satu realiti, kenangan yg terukir membuatkan aku sedar mengenai kehdiran kasih dan syg.

bukan bermksd aku tidk pernah merasai kasih dan syg, tapi pada dirinya aku kenal sesuatu yg tidak pernah aku kenali sebelum ini...bagaimana mungkin seseorg boleh menjdi terlalu baik, walaupun atas tiket mencintai?

Apa benar dia seorg manusia?ahahahahah...melalut pla aku ni, of course lerr dia seorg manusia. Aku mendoakan semoga setiap insan di dunia ini akan menemui seorg teman seperti dirinya:)

Rabu, 28 Oktober 2009



KEcElArUaN...

terlalu banyak yang ingin ku coretkan pada ruangan tercinta ku ini...dalam masa dua hari ni merupakan hari yg benar2 mencabar minda dan hatiku...sebelum tu, sory kat si dia coz kali ni aku ingin menulis mengenai org lain, insan2 yg aku pnggil sahabat!

sahabat, istilah yang terlalu mulia dan punya keistimewaan yg tersendiri, tp kenapa pd zaman ini sahabat la yg bnyk melukakan dan menyakitkan...apakah mungkin semuanya kerana silap diri ku? jika ya mengapa tidak disusuli dgn teguran yg sepatutnya daripada si sahabat?

kelukaan demi kelukaan telah ku lalui, apa masih belum berakhir lg ka episod penderitaan ini...ingin ku sampaikan pada shbt2 ku, aku sgt2 mnyanyangi kamu semua tapi tahuka kamu betapa aku terasa amt sunyi walau aku berada di dalam keriuhan kamu? tahuka kamu hatiku selalu terguris disebabkan sikap kamu yg selalu menolak ku ke tepi dlm semua perkara?

ya aku sedar aku buka siapa2 lg...aku cuma pelajar biasa yg meneruskan kehidupanku selepas kejatuahan ku...aku cuma pelajar biasa yg tidak punya apa2 pangkat ataupun jwtn...tapi apakah semua itu akan menjadi ukuran persahabatan kamu?

sahabat, kini hubngn kita semakin renggang...erm, aku merindui kenangan yg lalu, di mana kita akan berkongsi setiap masa yg ada, di mana kita akan saling menyokong...tapi ntah la apakah semua itu akan berulang lg?

sahabat, kehdiran si dia bukan bermakna aku akan terus melupakan kamu, tapi aku memerlukannya utk menggantikan kesunyian yang sering kali menemaniku sebelum ini, untuk berbincg mengenai perbezaan kita, untuk membantuku dalam aspek yg kamu tidak mampu lakukan...

tidak kunafikan, aku cukup serasi dengannya tapi itu tidak bermakna keserasian kita semua akan hilang! aku masih menyanyangi kamu semua sahabatku, tapi tlg la mengerti aku memerlukan dia dlm hidupku...sepertimana aku memerlukan kamu semua di dalam hidupku....

dan tlg jgn dipalingkan wjh kamu semua, jgn dipndg wajahku dengan cebikan yang sudah tentu sekali akan melukai hatiku...kerana aku tidak pernah melakukan seumpama itu terhadap kamu...

Apa nak Buat..


nak KISS...

erm..rindunya..apa nak buat ye,rasa nak peluk dia..hihih..,rasa nak kiss dia,bkn lucah tau tapi rindu sgt dgn dia ni..erm sedih!..entahlah kat mana dia skrg smpai buat aku rindu mcm ni,mybe dia jauh sgt skrg dr aku,kat indonesia kot dia skrg tgh bantu mangsa gempa bumi or tgh ikut perhimpuan bendera,pehimpunan buluh runcing..hahaha..coz mybe dia dah jadi pengkhianat malaysia..hahaha..coz dia ni rakyat malaysia juga tau..huhu..tak ada lah gurau je,cian dia dikata pengkhianat padahal dialah org pencinta negara,pagi2 dia pasti menyanyi lagu negaraku..huhu,entahlah nape rindu sgt ni,rindu sgt mybe dia terlalu dekat dgn aku skrg kot..haha..anyway dimana dia berada aku memang sentiasa rindu sgt dgn dia ni...

Ahad, 25 Oktober 2009

Lots Of Love...



Saya MALAS Awak Suruh RAJIN..
Saya NAKAL Awak MARAH..
Saya SENYUM Awak Lagi La SENYUM..
Saya GURAU Awak GELAK..
SWEETS sangat Waktu Tuh..
tapi kalau Saya Tak Ade,
JANGAN Pulak Awak IKUT Saya PERGI..
Cuma DOA Je Dalam Hati..
&
INGAT Dekat Saya dah Cukup Untuk NILAI PERCINTAAN kita..
&
Buat saya TENANG Selamanya
Awak jangan SEDIH..
Saya Tak Suka AIR MATA Awak MENITIS Nanti..
Kerana..
Saya Terlalu SAYANGKAN AWAK...

kEnANgAn kFC...




naper gmbr auncle kfc tu ada kat atas???

well, ni nak g tau kenangan paling kelakar aku ngn si dia...kelmarin kitorg p mkn KFC then dia kata dia nak belnja aku ler...so, diapun bg ler wallet dia kat aku tuk order mknan...aku yg syok kena belanja ni pun apa lg order ler apa yg aku nak termasuk ice cream milo...

pas order tu aku pun ngn penuh syoknyer buka ler wallet dia, then jeng3x....

aku terlebih order kwang3x....per lg aku pun ngn muka selamba lari naik ke tingkat atas n ambik duit kat wallet aku, kelakar gak time tu...n dia pla blurrr gilerrr ahahahahahahah....suka tgk muka blurrr dia tu, rasa nak gigit2 jer...

rupanyer dia lupa nak ambik duit kat bnk n paling sadis lg dia lupa nak check duit kat dlm wallet :) silap aku gak, tau jer nak kena belanja terus hilang kawaln diri eheheheheheheheh....

papun nice peristiwa tu, coz kitorg sedar kita berdua mmg serasi tak der apa yg perlu dimalukan...n plig ptg aku tau cara kami berfikir sama sgt...thts why i love 'dia' eheheheheh

Sabtu, 24 Oktober 2009

CiNtA....




CINTA punya makna yang sngt luas, cinta selalunya hadir tanpa kita pinta dan jangka dan kdgkala cinta juga akan hadir pada waktu dan tempat yang SALAH! disaat kita tidak dapat menerimanya, disaat kita bukan insan yang "available" untuk bercinta, disaat itu jugalah dia datang dan menghiasi jiwa yang terkurung....

aku melaluinya kini, pada dirinya aku merasa debaran yang aku rindukan...aku merasa rindu yang aku impikan dan aku merasa impian yang aku harapkan...dia terlalu indah buatku dan terlalu serasi.

aku ingin menjadi miliknya, tapi apakah aku mampu?
aku ingin menjadi surinya, tapi apakah aku berdaya?
aku ingin menjadi pendampingnya, tapi apakah akan aku kecapinya?

DIBALIK KEINDAHAN INI TERSELIT 1001 KESAKITAN DAN KETAKUTAN.....

aku mencintainya....

Indahnya Dunia....

Indahnya dunia wlw tidak seindah syurga..huhu..itulah lirik lagu laskar pelangi..hihi..aku rasa hepi sgt skrg,coz segalanya hampir selesai semua,pasal barang aku,aku akan tggglkan kat umah member aku yg dekat dgn sekolah aku praktikal nanti coz umah aku tak cr dulu,balik dr srwk nanti br aku sewa umah n masuk umah sewa coz mula praktikal 17hb1 so masih byk masa tu utk cr umah sewa time tu n sementera tu boleh duduk kat umah member.

Tapi target umah tu dah adalah,nak hantar brg ke umah member aku ni pula ok juga coz member aku yg akan tolong aku hantar brg aku guna kereta dia..thank so much my friend,tiket fligh balik srwk otw juga nak beli lepas ambik slip exam isnin ni,abg akan kirim duit n aku akan beli tiket flight n just tggu balik ke srwk je lepas tu sambil2 tu aku ready utk final exam last sem aku ni,coz nak buat yg terbaik..huhu..chaiyo2.

1 lagi aku sgt hepi coz aku sgt bahagia..hihi..coz aku ada dia,dia biarlah rahsia yg pasti kami byk persamaan,org yg tak kenal dia ingat dia garang tapi bg aku dia adalah sgt mesra n yg pasti aku sgt sygkan dia..hihi..

kadang2 aku sering tertanya kenapa aku tak dikenalkan awal dgn dia ni,anyway itulah takdir n yg pasti aku skrg betul2 dah rasa sgt hepi coz ditemukan dgn org yg betul2 boleh temankan aku,ingatkan aku setiap perkara yg aku ingin lakukan dan ikhlas ambil berat pasal aku..

Aku bahagia coz aku ada family yg syg aku,aku ada dia,ada kawan baik, ada member2..huhu..dan aku rasa dah lengkap utk hayat ini..hihi..Thank GOD coz semua ini tentu pemerian dr mu.INDAHNYA DUNIA INI.


hepinya gajah ni mandi,tentu gajah ni rasa best sgt mandi so mcm gajah ni lah perasaan aku skrg cuma aku hepi bkn kerana mandi mcm gajah ni..hahaha..tapi kerana aku ada dia (My sassy Girl)

Jumaat, 23 Oktober 2009

tersa kebahagiaan itu...



aku dan dia terasa sngt serasi bersama...keinginanku dan kehndkknya adalah impian yg sama, sebuah khdpn yg simple tetapi bhgia :) tapi....

walau punya rasa dan impian yg sama, terlalu sukar untuk disatukan...punya hlngn yg tak terjwb dan tak terpikul...

aku berdoa andainya kami dpt bersama, semoga hidup yg kami impikan dpt kami perthnkan buat selamanya

Kalau Ada Pilihan..


Aku..


Dia...
Kalau aku ada pilihan terlalu banyak perkara yg aku ingin ubah,tetapi bkn perkara yg berkaitan dgn aku coz aku memang bersyukur dgn kehidupan aku.Tetapi berkaitan dgn seorg insan yg aku syg. kalau tuhan bagi aku peluang utk membuat permintaan dimana permintaan aku akan dikaburkan.

Hanya 1 perkara yg aku ingin minta wlwpn seribu permintaan yg dibenarkan utk dipohon,yg ptg permintaan aku mesti dikaburkan. Aku bkn minta kekayaan,aku bkn minta intan,permata,emas n duit ringgit yg boleh buat aku kaya dalam sekelip mata. Tetapi aku ingin minta masa diputarkan kebelakang semula. kalau ikutkan hati aku memang ingin masa diputarkan 10 tahun dahulu tetapi aku tak minta lebih tapi cukup jika tuhan dapat kaburkan permintaan aku agar masa diputarkan semula hanya 2 tahun sblm ini.

Ini kerana jika masa diputarkan 2 tahun sebelm hari ini,aku yakin dapat ubah segala kehidupan seseorg ini. Tapi skrg semuanya hanya mimpi,yg pasti masa mustahil akan berputar kebelakang semula. Apa yg aku mampu buat skrg hanya mengharapkan takdir sahaja yg mampu ubah segalanya. Kalau dia memang utk aku,dia tak kan kemana...

Itulah kehidupan tidak semuanya dalam dunia ni kita berpeluang membuat pilihan,kadang2 kita kena terima yg telah disediakan utk kita. Kadang2 dalam dunia ni sama mcm mana kita dilahirkan,kita tdk berpeluang utk membuat pilihan siapa mak dan bapa kita...

Keliru dgn dunia kehidupan,itulah aku skrg...aku masih blm jelas lagi sama ada di dunia ni kita ada peluang utk membuat pilihan atau pun tidak.....................

Khamis, 22 Oktober 2009

Bagi lah Masa..



tak tahu nak ckp apa,tak tahu mcm mana nak jelaskan,tak tahu mcm mana nak huraikan tapi yg pasti aku akan buktikan apa yg aku buat skrg ini tidak silap,aku telah buat pilihan yg betul,dia sgt baik bglah aku peluang utk jaga dia. Yg plg penting sekali bg lah aku masa akan buktikan segalanya suatu hr nanti bhwa dia adalah yg terpenting selepas family aku.......


Menangis-Segalanya Berakhir..

BUKAN PUTUS CINTA..aku menangis,tapi aku menangis coz malam ni tadi ada jamuan perpisahan utk sem 7 course aku. Tapi aku menangis dalam hati je lah..hihi..tapi aku tak dapat nafikan aku sgt sedih..mana tak nya teman seperjuangan aku dr sem 1 sehgga skrg yg susah senang bersama aku, akan berpisah dgn aku bila praktikal menyusur sem depan dan peluang terakhir aku dapat berjumpa diorg adalah mggu exam ni je,maka tamatlah pengajian aku di UPSI ni.

Pelik kan dunia ni,first masuk UPSI perkataan pertama yg aku keluhkan “Bila lah nak tgglkan UPSI ni” tapi malam ni keluhan aku dulu telah menjadi kenyataan coz aku hampir meninggalkan UPSI skrg,Masa terlalu pantas sehgga aku tak sedar skrg aku dah sem 7. Masalah kat cni kenapa aku perlu bersedih padahal keluhan aku dulu telah menjadi kenyataan,itu yg peliknya..huhu..tapi malam ni br aku tahu,kenapa aku bersedih coz akan berpisah dgn teman2 aku yg hidup susah bersama dgn aku kat UPSI sini.

Kalau ada pilihan aku nak bersama dgn diorg ni semua sepanjang hidup aku tapi apa kan daya setiap insan di dunia ini ada kehidupan masing2 yg perlu dikejar dan dicapai utk maju dalam hidup termasuk aku so itu aku kena terima perpisahan ini dgn hati terbuka. Bg aku yg ptg skrg seperti pantun lecture aku tadi “setiap pertemuan pasti ada perpisahan yg penting setiap kenangan bersama teman lama, kita kena simpan baik2 wlw sebanyak mana teman baru yg akan kita jmpa lepas itu.

Tapi aku bkn sedih nak berpisah dgn coursemate aku saja, tapi takut berpisah dgn org yg aku plg syg juga, berjauhanlah mksdnya..huhu..bkn aku tak cayakan dia Cuma aku bimbang bila aku tgglkan UPSI ni,aku bimbang siapa yg akan jaga dia,tgk2 kan dia,makan minum dia,kesihatan dia dan segalanya ttg dia lah..hihi..coz itulah aku kalau dah syg aku nak jaga setiap keperluan dia.

Aku sgt sygkan dia ni,hari2 rindukan dia..huhu entahlah apa keistimewaan dia ni..hihi..yg pasti dia ikhlas,sgt memahami aku dan menyayangi aku. Aku sgt bimbang skrg siapa yg akan jaga dia n tgk2 kan dia kat UPSI ni nanti bila aku pergi praktikal..arrr..SEDIH...anyway wlw berjauhan dgn dia ni nanti, aku juga akan berusaha menanya tentang kehidupan dia di UPSI sini supaya dia tidak rasa keseorgan wlwpn aku tidak berada disisi dia...

Kuliah Terakhir-Dewan Kuliah (DKK)

Esok..jumaat,pukul 8-10 pagi (23hb10,2009),merupakan masa dimana merupakan kuliah tarakhir aku sebagai mahasiswa UPSI.PANTAS BETUL MASA berlalu tetapi itulah masa.

Lepas ni praktikal yg menyusur.doakanlah aku ye teman2 agar sepanjang praktikal aku lancar n kuat menghadapi sebarang kesukaran semasa aku praktikal nanti.

Kuliah pertama aku di UPSI masih segar di ingatan tetapi kuliah terakhir telah menyusur esok maka aku tiada pilihan,aku terpaksa akur dan ikut arus masa yg berlalu cepat,selaju mana arus masa itu aku kena ikut juga yg ptg aku kena berjaya dan capai impian aku sama ada dalam kerjaya mahupun percintaan..hihi..jiwang kejap..hahaha..

Kenangan Terindah...

lagu ni yg kami org nyanyikan utk dinner jamuan perpisahan malam ni tadi..SEDIH..so aku tujukan lagu ini pd my sassy Girls..


Lirik....
-Kenangan Terindah-

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

erm, kEhIdUPaN....

hari ini merupakan antara hari yang sangat memenatkan di setiap mingguku, dengan kelas yang melebihi 6 jam dan mesyuart progrm yang mesti ku hadiri...life is not easy:( dan yang tambah menyeksakan lg, aku jumpa dia hari sat jer...erm, terasa sgt kerinduan tu...

dikala badan keletihan camni, benar2 menginsafkan aku bahawa kehidupan ini bnr2 tidak mudah. setiap hari kita mesti berkerja keras untuk memastikan impian dan harapan kita tercapai...tidak akan ada hari yang mudah bagi insan di dunia ini, kecuali bg mereka yg tidak punya harapan dan wawasan.

aku harap setiap apa yang aku rancang dan usahakan hari ini akan menjadi sebuah kemanisan buatku di masa hadapan :)

Rabu, 21 Oktober 2009

Mizz U..


Aku kena BULI..Tolong2...hahaha..

Sampai je kat kolej smlm lepas kelas malam,aku terus mandi.Lepas mandi aku terus buka laptop tapi seblm balik kolej aku makan dulu,makan lagi wlwpn dah makan sblm masuk kelas malam tadi bersama si dia (my sassy girls)..hehe..geram dgn sassy girl ni,rasa nak cubit2 dia.haha..tapi takut dia rasa sakit n merajuk pula,tak pasal2 aku bankrap belikan dia aiscream coz kalau dia merajuk mesti sediakan aisceam utk pujuk dia ni..huhuhu..pelik tapi benar.

Sampai kat kolej lepas mandi buka laptop n terus buat tesis aku yg ada pembetulan n yg perlu hantar hari ni,tapi skrg dah siap n tggu nak hantar je tapi sblm aku hantr nanti pun aku akan jmpa dgn my sassy girl ni,rindu dgn dia. Ingat nak jmpa awal dgn dia tapi penat sgt coz smlm tido lewat siapkan pembetulan tesis,sampai game bola yg best aku tertinggal coz niat dihati nak tengok game MU dengan Real Madrid lepas siapkan tesis tapi tertido dimana aku sendiri tak sedar bila aku tertido sampai laptop tak ingat nak tutup,panas laptop aku terbuka sampai pagi.

Sambil buat tesis samlam aku Ym juga dgn my sassy girls..hihi..tapi nak minta maaf juga dgn dia coz tak bg sepenuhnya masa pd dia smlm semasa ym,tak fokus sgt coz tgh buat tesis sori sgt2..n begitu pagi ni,masih terasa penat n tak dapat dtg awal jmpa dia ni.

Tapi tak apa pukul 1 ni nanti aku akan jmpa my sassy girl ni nanti,erm siap dia aku nak gigit dia...hahahaha..

Baby Cute..






salam semua....

aku tahu yang aku benar2 menyayangi dia...bila tak jumpa dia aku sentiasa tercari2 n of course rindu yang teramat sangat. Dia terlalu istimewa, tapi....

erm, pagi ni aku ingat aku dapat jumpa dia seawal pagi pas my first class, tapi tak dpt...tak per, coz selang masa tuk my secnd class just 2 hours jer so alang2 jak klu dia turun ke kampus semata2 nak jumpa aku...its better klu dia ada kat uma n tido eheheheheh...

tapi aku tak boleh nafikan aku RINDUUUU sgt...aku tertunggu2 dia kat cafe td, da gila kot aku ni...just sweater ni jer la yg mampu mengubati rindu aku ngn dia.

inilah yang dikatakan sayang klu boleh tak nak berpisah lngsg...hope klu jodoh antara kami berdua kuat, perasaan ini akan berkekaln hingga ke akhir hayat kami:)

Selasa, 20 Oktober 2009

Apa Nak Jadi...



novel punya kerja si dia ni ermm..terus lupa dunia,apa nak jadi, tapi kena terima juga itulah kuasa novel...huhu..novel yg si dia ni baca,novel yg kat atas ni...

Dia Cute....


Ni pic aku,muka aku yg dilukis oleh seorg pelukis yg pakar,kenapa ye si dia ni tak jmpa muka aku ni setelah muka aku ni dilukis coz time ni aku sem 3..hihihi..

Erm dia ni,ada discussion pukul 4 so aku plan tak nak jmpa dia lepas habis kelas tesis takut akan ganggu dia discussion,padahal dalam hati nak jmpa dia..hihi..TIBA2 dia msj bgtau discussion dia dibatalkan,so aku Tanya dia stay or balik kolej n dia jwp stay so aku terus tawarkan diri temankan dia shgga kelas malam dia..huhu..dia tahu kelas aku habis pukul 4 so aku yakin dia tgh tggu aku tapi kelas aku habis pukul 4.50 pula coz prensention blm habis lagi,aku nak bgtau dia aku lewat kebetulan kredit habis pula..hihi..send2 msj asyik fail n bila check kredit RM0.00 kredit yg tggl so aku bimbang juga,bimbang dia tggu lama sgt coz aku yakin dia pasti tgh tggu aku masa itu,habis je kelas aku terus topup n send msj pd dia bgtau yg aku lambat

Tapi pendinglah pula..hihi..dah jauh dah jalan tapi kena patah balik coz bila teringat si dia ni pasti lapar so aku patah balik beli burger utk dia..hihi..nasib baik aku ada poket yg besar dapat masuk kan burger dalam poket utk si dia ni yg duduk dalam libry coz dalam libry mana boleh bw makanan so tu aku terpaksa seludup burger kat dalam poket aku utk dia ni..hihi..sampai je kat libry n jmpa dia ni,erm lega bila lihat dia masih setia di tempat semasa aku temankan dia sblm aku pergi kuliah pukul 2 tadi....aku smpai dia terus senyum tgk aku,erm cair aku tgk dia senyum..cute(^_^)..hihi..so aku terus temankan dia sampai kelas malam dia,sblm tu temankan dia makan…patutlah aku send msj bgtau dia aku lambat lepas aku topup pending rupanya hp dia habis bateri..huhu..

masa sgt Pantas....



Hari ini aku ada presention,erm kuliah akhir utk subjek tesis,kuliah pukul 2 tapi aku datang awal kalau tak silap pukul 11 pagi,ish2 awalnya aku dtg,bkn dtg awal coz semangat nak kuliah,tak ada maknanya dtg awal coz semangat nak kuliah kerana kuliah tesis ini lah yg plg bosan bg aku dr awal sem lagi..hahaha..

TAPI aku dtg awal coz nak jmpa dgn seorang insan ciptaan tuhan ini,dia cute bg aku..hihi..bila jmpa dia aku rasa brsemngat,memang aku sentiasa bersemngat seblm ni pun tapi bila jmpa dia ni makin bersemangat pula aku..huhu..hebat dia ni kan,mcm mana lah dia ni boleh buat aku semakin bersemangat, tu yg aku tgh fikir ni tapi tak apa harap dia akan jwp lepas baca penulisanan aku ni..hihi..yg pasti aku rasa cepat sangat masa berlalu bila bersama dgn dia ni,aku rasa dah mcm seribu tahun kenal dia ni,ceh jiwang pula ayat..hihi..tapi betul memang itu yg aku rasa skrg mcm dah lama kenal dia ni.

Mybe dia ni kekasih aku kot hayat sblm ni..hihi..oh ye apa hubungan kami dua ni,erm entahlah aku pun tak tahu n dia pun tak tahu juga dia bgtau,so ada sesiapa yg boleh tolong jwb tak,siapa yg tahu,tolong bgtau apa hubungan kami dua ni,yg pasti wlwpn tak tahu apa hubungan kami berdua sebenarnya tapi aku dapat rasakan dalam hati aku,aku sangat bahagia apabila melihat dia sentiasa HEPI selalu.AKU ingin lihat dia senyum selalu…tgk masa cepat berlalu sedar2 masa dah pukul 2 petang maka aku pun pergilah kelas,maka tgglkan si dia ni seorg2..cian dia..hihi..

yes...dia dtg

tepat kul 4.51pm....dia dtg...gembira sgt...



semoga dia akn sentiasa hadir di setiap penantianku

penantian yang tak pasti...



aku menunggu dia disini...but, tak pasti sama ada dia kan dtg atau tak..actually, battery phne da habis, sampaikan phne tak ble on lg uhuhuhuhuhuh....tak tau nak g tau dia cmana, ingat nak kol use public phne tp num dia tak ingt ler pla (maklum ler kenalpun baru jer)

tapi aku masih disini, setia pd penantian ini (cehhh, jiwang berkarat...). harap sgt dia akn dtg.....

terima kasih kawan...

terima kasih kawan kerana sudi hadir menemani diriku. Walaupun kehadiranmu agak terlewat mungkin :) namun ianya memberikan sejuta pengertian buat diriku....engkau terlalu istimewa, sehinggakan aku terkeliru bagaimana hendak ku gelarkan perhubungan ini? sahabat atau kekasih??? mungkin lebih tepat "teman tapi mesra..." eheheheheh.

Erm, engkau membawaku ke alam baru yang tidak pernah kurasakan dan kau juga telah mengajarku erti persahabatan dalam sisi yang berbeza. keikhlasanmu untuk bersama disetiap susah dan senangku membuatkan hatiku semakin tertanya-tanya mengapa Tuhan menghantarmu kepadaku.

cerita kehidupan ini adalah skrip terindah yang pernah ditulis oleh-NYA, dan pasti pertemuan yang membahagiakan ini juga punya sejuta hikmah yang tidak dapat ditafsir oleh mindaku yang serba naif ini....

SeMAlAm, HaRi Ini dan EsOK



semalam
aku terbaring lesu
menangisi setiap kesakitan
yang ku alami

semalam
aku sendirian
mencari makna dan erti
bagi sebuah kehidupan

hari ini
aku mula kenal dan tahu
makna sebuah persahabatan
dan sebuah kebahagiaan

hari ini juga
aku mula mengerti
kenapa perlunya kesakitan
sebelum kebahagiaan menjelma

dan esok
aku percaya
sinar bahagia akan terus menanti diriku
walau sehebat mana dugaaan yang melanda....