BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 19 Oktober 2009

Tunggu lah Petunjuk..







Cuba lihat pic di atas,semuanya menunjukkan bahawa setiap keputusan,tindakan,jalan ataupun hala tujuan yg kita pilih adalah terletak di tangan kita sendiri,jika kita pilih jalan A maka A lah hidup kita,Jika A adalah jalan kebahagiaan maka bahagialah kita tapi jika jalan A adalah jalan yg sebaliknya maka meranalah kita,hidup tak ubah seperti perjudian,kita kena pertaruhkan hidup kita dalam kita mencari kebahagian pd hayat kita ini. TETAPI kita silap sebenarnya,tuhan maha pengasih dan adil,tuhan tak pernah perjudikan hidup kita,hanya kita sbgi manusia yg lemah ini yg berfikir begitu, malah dia sentiasa mengharapkan kita bahagia,Cuma tuhan tidak memberi kebahagian itu dgn cara mudah,dia telah beri pelbagai dugaan,maka dgn itu siapa yg sabar menghadapi dugaan tuhan maka org itu lah yg akan memperolehi kebahagiaan. Bukti hidup ini bkn perjudian dalam mencari kebahagian kerana tuhan telah memberi petunjuk semasa kita memilih jalan yg akan kita pilih,Cuma kita sebagai manusia yg ego sehingga kita BUTA tidak lihat petunjuk yg diberikan oleh tuhan kerana kita terlalu yakin dgn jalan yg kita pilih,kerana kita lebih suka terserah semasa memilih jalan hidup kita sehinggakan kita mengabaikan petunjuk yg tuhan berikan,padahal kita boleh cari petunjuk itu dahulu sebelum membuat keputusan. So sbb itu lah kita anggap hidup ini sebagai perjudian kerana kita tidak melihat petunjuk dr tuhan ini. Dalam perjudian tiada petunjuk tetapi hidup ini ada petunjuknya. Petunjuk yg tuhan berikan dalam pelbagai cara,tuhan tak kan memberi petunjuk ini terus ke tangan kita,tapi petunjuk yg tuhan berikan mybe melalui sahabat2 kita,teman2 kita,kehidupan disekeliling kita yg ptg kita kena peka dgn kehidupan sekeliling kita agar kita dapat melihat petunjuk dr tuhan dengan itu br lah kita membuat keputusan setelah memperolehi petunjuk dr tuhan kerana aku yakin pilihan kita tak kan silap,pilihan kita pasti akan tepat dalam membuat pilihan jalan hidup kita coz kita dilahirkan di dunia ni adalah memang dilahirkan sebagai org yg telah berjaya. Buktinya seribu2 sperma hanya satu je sperma yg dapat masuk kan utk membentuk baby so kitalah org yg berjaya itu kerana kitalah sperma yg berjaya itu dr beribu2 sperma yg lain sehingga kita dilahirkan di muka bumi ini. Kita dilahirkan,siapa family kita.kita tdk boleh membuat pilihan coz kalau kita boleh membuat pilihan semua org pasti akan memilih utk lahir dalam keluarga di raja kan. So kerana kita tdk dapat membuat pilihan di keluarga mana yg kita hendak maka dgn itu tuhan memberi kita peluang utk membuat pilihan setelah kita cukup dewasa utk memilihan jalan hidup kita,kalau kita silap membuat pilihan,hidup kita akan merana dan kalau kita betul membuat pilihan hidup kita ini akan jadi indah wlwpn tdk seindah syurga.

0 ulasan: